Saturday, May 17, 2008

Why Forex?: A World Of Opportunities

The foreign exchange market is the world’s largest financial market, but it wasn’t always accessible to any interested trader. Remember, forex trading is not conducted on a regulated exchange and as a result, there are additional risks associated with forex trading. In the past, access to foreign exchange of currencies was limited to banks, hedge funds, major currency dealers and the occasional high net-worth individual. But smaller financial institutions wanted to take advantage of the many benefits forex offered over other markets, including its tremendous liquidity, 24-hour access 5.5 days of the week and the strong trending nature of currency exchange rates.
It was this entrepreneurial vision of the smaller financial institutions and the evolution of the Internet that made forex accessible at a retail level.

Forex Market Benefits
# Forex is open 24 hours a day, 5.5 days a week.
# Forex is the most liquid market in the world.
# Up to 400:1 leverage on accounts of $10,000 or less. Without appropriate use of risk management, a high # degree of leverage can lead to large losses as well as gains.
# No restrictions on shorting which allows you to enjoy trading opportunities during any market condition.

Sunday, April 27, 2008

Sayangilah Organ Wanita Anda

Kelebihan Tuala Wanita Love Moon

· Kering, Resap udara dan Selesa
Love Moon mengandungi tiga bahagian lapisan permukaan, lapisan tengah dan lapisan bawah. Lapisan permukaan dihasilkan daripada sutera dan kapas agar kulit sentiasa kering dan selesa. Lapisan tengah dilengkapi bahan peresap berkualiti tinggi agar dapat menukarkan cecair kepada bentuk jeli bagi mengelak rasa melekit. Sementara lapisan bawah dicipta tembus udara bertujuan mengalirkan molikul air keluar bagi mengurangkan kebasahan dan bahang antara tuala dengan kulit.

· Anti bakteria serta menyerap bau
Penghasilan setiap tuala dilengkapi pita Anionic yang dapat meringan kepadatan anion bagi membantu meningkatkan fungsi tubuh badan, menguatkan imuniti, mengelak jangkitan kuman dan mengnyah bau tak menyenangkan. Yang penting ia tiada sebarang kesan sampingan!. Pita anion dalam Love Moon memancarkan 6,070 anion satu sertimeter padu yang akan dapat menahan daripada sebarang jangkitan kuman dan virus. Boleh dikatakan dalam banyak masalah berkaitan kewanitaan adalah disebabkan oleh bakteria. Apabila pita anion dalam Love Moon mengembangkan anion, ia juga menghasilkan oksigen yang sekaligus dapat menukarkan suasana, meningkatkan enzim biologi serta menyeimbangkan tahap Alkali dan Asid. Pada masa yang sama, di bawah suhu normal, pita anion dapat mengembangkan gelombang magnatik daripada 4 sehingga 14 mikron lebih daripada 90 peratus yang dapat meningkatkan molikul air dalam tubuh manusia. Teknologi ini sebenarnya dapat meningkatkan tahap kesihatan wanita amnya.

· Menggunakan bahan resapan terbaik sesuai dengan keperluan fizikal
Love Moon mengandungi lapisan-lapisan bahan resapan. Bahan ini dihasilkan daripada bahan pilihan terbaik bagi mengelak kebocoran yang diproses melalui kaedah teknologi paling unggul. Ini menyebabkan cecair yang mengalir akan terus diresap tanpa meninggalkan sebarang kesan tak menyenangkan. Keadaan ini pastinya membuatkan pergerakan pengguna selesa sepanjang hari.

· Seimbang dengan piawaian kesihatan bagi mengelak sebarang jangkitan
Sentiasa kering, tembus udara dan kebersihan merupakan tiga elemen yang sangat diperlukan dalam pengeluaran tuala wanita. Pengeluaran barangan tersebut mestilah terikat seratus peratus dengan GB15979-2002 standard kesihatan dunia.

· Dipaten dengan kad ujian guna sendiri bagi menguji tahap kesihatan.

Jika anda berminat Melihat Demo, Menjadi Ahli & Tempahan,
Sila hubungi :
> 019-3485832 / 019-2132290( Zahari/Ainul) Pantai Barat & Pantai Timur
Video Demo Produk Secara Online :

Sunday, April 13, 2008

Barah Pangkal Rahim



Barah Pangkal Rahim

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).
Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart ).

Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim. Ketuat kelamin tidak menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 40an.
Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara normal.

Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.
Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.
Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:
• Henrietta Lacks
• Colleen Dewhurst
• Karin Smith
• Anita Mui

Soalan-soalan yang bermain di minda wanita:
Apa itu penyakit Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.
Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apa itu ketuat kelamin?
Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadang-kala pada faraj wanita.
Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
• Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
• Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
• Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
• Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
• Tabiat seks:
memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).

• Agen jangkitan:
terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.

• Tidak menjaga kebersihan diri.
• Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.
Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa itu Ujian lumuran Pap ( Pap Smear Test )?
Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.
Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).
CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.

CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear.
Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser.

Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.
Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.
Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?
Ujian ini boleh didapati di:
• Pusat Kesihatan Kerajaan
• Klinik Perancang Keluarga
• Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan?
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?
- Berfikiran positif.
- Amalan cara hidup sihat seperti mengamalkan senaman selalu dan makan diet yang seimbang.
- Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor.
- Bertawakkal dan memohon kepada tuhan. Sesungguhnya segala terjadi ada hikmahnya.

Friday, April 11, 2008

Iman... Anugerah Yang Maha Esa.


Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”
(Riwayat al-Hakim)

Huraian hadis :
Iman mengikut pengertian syarak adalah keyakinan yang teguh dalam hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Inilah yang dinamakan ketaatan, amal yang soleh dan perlakuan yang baik.

Seorang yang benar-benar beriman adalah mereka yang zahirnya sama dengan batinnya, mereka benar dalam keimanan dan ikhlas dalam melakukan amalan. Merekalah golongan ‘as-Sodiqun’ yang diperintah oleh Allah S.W.T agar kita sentiasa mendampingi mereka (bersahabat dengan mereka).

Oleh sebab tingginya kedudukan iman maka Allah S.W.T telah menjadikan iman itu sebagai syarat asas penerimaan terhadap sesuatu amalan yang dilakukan di mana tidak akan ada satu amalan pun yang akan diterima oleh Allah melainkan setelah ada iman di dalam diri pelakunya.
Sesiapa yang mendakwa beriman dengan lidahnya tetapi iman itu tidak meresap ke dalam hatinya maka dia merupakan orang yang munafiq.
Ciri-ciri munafiq itu ialah kata-katanya bercanggah dengan perbuatannya dan amalannya ketika di khalayak ramai dan ketika dia bersendirian serta apa yang dizahirkannya adalah berbeza dengan apa yang disembunyikannya.

Iman dan amal soleh adalah seiring. Iman tidak akan sempurna tanpa amal soleh di mana Allah telah menyebutkan perkara ini sebanyak 60 kali di dalam al-Quran.
Sampaikan walaupun dengan satu ayat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadis Shahih (10)

Al-Bukhari, Muslim, Abu ' Uwanah, An-Nasai, At-Tirmizi, Ad-Darini, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi dan Ahmad meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, Ertinya :
" Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaiman is mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri".



Semoga kita dapat amal & sampaikan.